Selasa, 19 Ogos 2014

Peperiksaan Lisan 2HML & 2ML (Selasa, 26 Ogos)

Topik  :  Peperiksaan Lisan 2HML & 2ML (Selasa, 26 Ogos)

Selamat sejahtera,

Sila maklum bahawa semua pelajar 2HML & 2ML diwajibkan hadir untuk Peperiksaan Lisan.  Ia akan diadakan pada hari Selasa, 26 Ogos pukul 2 petang.  Tempat akan diberitahu nanti. Peperiksaan Lisan ini merupakan sebahagian daripada Peperiksaan Akhir Tahun.  Oleh itu, kegagalan untuk hadirkan diri bagi peperiksaan ini, akan mengakibatkan pelajar mendapat markah kosong (0).  Hanya surat pengesahan daripada doktor (Medical Certificate) diterima jika pelajar tidak dapat hadir pada hari yang ditetapkan.

Sila catatkan di ruang komen dengan menyatakan "Baiklah cikgu, saya maklum tentang Peperiksaan Lisan 26 Ogos.  Terima kasih."

Setiap pelajar perlu memberitahu ibu bapa perkara ini.

Terima kasih.


Salam mesra,
Cikgu Azizah.Ahmad

1 ulasan:

  1. Baiklah cikgu, saya maklum tentang Peperiksaan Lisan 26 Ogos. Terima kasih.

    BalasPadam